27 Jun
27Jun

Tetuan Yazid & Co telah dilantik untuk mewakili anakguam (seorang penghantar makanan) yang menghadapi tuduhan dibawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan membakar) sehingga menyebabkan kerosakan terhadap 15 kenderaan (11 motosikal dan 4 unit skuter elektrik) di hadapan Suria KLCC pada 13hb April 2023. Seksyen 435 tersebut memperuntukkan hukuman maksimum 14 tahun penjara dan denda.

Hujahan bagi proses jamin diterima dan dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen dengan jumlah jamin RM 5,000-00 dengan seorang penjamin. Pada tarikh sebutan kedua (26hb Jun 2023), anakguam telah bersetuju uituk membuat pengakuan bersalah dan telah mengarahkan peguam dalam berhujah untuk mendapatkan hukuman yang ringan.

Hujahan mitigasi keatas hukuman merangkumi beberapa faktor penting tidak terhad kepada faktor tertuduh tiada rekod lampau, faktor provokasi oleh mangsa-mangsa kebakaran (dalam meletak kenderaan di petak yang dikhaskan bagi penghantar makanan), faktor tanggungan keluarga (ibu yang sedang menjalani rawatan dialisis dan isteri yang menjalani rawatan tekanan darah tinggi - rekod-rekod perubatan turut dikemukakan), kerjasama yang diberikan anakguam sepanjang proses tangkapan dan siasatan oleh PDRM dan faktor pengakuan bersalah tertuduh diperingkat awal kes.

Pihak pendakwaan telah memohon hukuman yang setimpal dalam mengambil kira kepentingan awam dan fakta bahawa kes ini telah mendapat liputan luas (viral).

Hakim Mahkamah Sesyen telah bersetuju dengan hujahan peguam En Yazid dan menjatuhkan hukuman penjara bagi tempoh 3 bulan dan denda sebanyak RM 5,000-00. Mahkamah turut mengarahkan agar wang jamin RM 5,000-00 dikembalikan kepada penjamin.

Comments
* The email will not be published on the website.